**
Sayangi Anak Yatim Moga Kita Dekat Dengan Rasulullah
"Sesiapa yang mengasihi (mengurus) anak yatim di kalangan kaum Muslimin
untuk makan dan minumnya, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga,
kecuali dia melakukan dosa yang tidak terampuni." - (HR. Tirmidzi, No. 1917)
“Sesungguhnya orang mukmin akan berada di bawah naungan sedekahnya pada hari kiamat.”
— (Hadis Riwayat Ahmad)
.jpg)
Isu-isu yang menimpa rumah-rumah jagaan anak yatim asnaf bukanlah isu yang bermusim. Tekanan ekonomi semasa sangat memberi kesan dalam menguruskan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Hal yang sama terpaksa ditanggung oleh waris keluarga yang menjaga anak yatim, pendapatan yang “cukup-cukup makan” akan dikongsi bagi memastikan kelangsungan anak yatim dibawah jagaan mereka.
Perkara yang mereka hadapi ini sudah pastinya memberi kesan kepada kewangan mereka. Tapi, atas rasa tanggungjawab dan amanah, kadang-kadang bebanan kewangan itu diabaikan dahulu.
**
"Kadang-kadang kita rasa berat juga bila ada pemohonan baru, dana kita memang tak cukup nak tampung. Tapi ini amanah, saya risau kalau anak-anak ini diabaikan mereka tidak ada orang nak bimbing. Kita pejam mata kejap bab dana ni, InShaaAllah kita buat benda baik pasti Allah akan tolong"
- Ustaz Rosli, Penjaga Rumah Anak Yatim
"Saya ni nak terbaik je untuk anak-anak ni ustaz, kadang-kadang tu dulukan beli barang mereka, barang anak sendiri kemudian sampai merajuk, tapi kita dah ambil amanah ni kan" - Kak Ros
**
Bantu Ringankan Beban Mereka Ramadan Ini
Justeru atas dasar ihsan dan prihatin bersempena Ramadan kali ini, Program IHSAN ANAK telah digerakkan oleh Pertubuhan Ihsan Madani dan PERSENI bagi membantu anak yatim & asnaf yang tinggal di rumah jagaan atau bersama waris yang kurang berkemampuan.
3 akses keperluan utama yang akan dibantu; makanan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.
Justeru, kami ingin mengajak tuan puan yang dermawan di bulan Ramadan yang barakah ini untuk sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Mudah mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Aamiin ya Rabb
Jangan lepaskan peluang Ramadan kali ini! Berikan kasih sayang dan bantuan kepada anak-anak yatim, dan In Shaa Allah, Allah akan mengangkat darjat serta melimpahkan rahmat-Nya kepada kita.
“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”
(HR Muslim)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun :
5622 0969 1997
(MAYBANK)
Sila letakkan reference “Ihsan Anak”
**
Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Ihsan Anak yang akan disalurkan untuk membantu anak yatim, asnaf , OKU dan anak-anak dari golongan rentan. Sumbangan Ramadan ini akan digunakan sepanjang tahu bagi memastkan manfaat sumbungan anda lebih berimpak